Hari Isnin 25 April 2005, Shin pi lepak ngan cik mek molek bernama Nore. Bukan first time ajak, tapi for the first time, last minute Nore tak leh kuar, sebab stuck kat umah saudara. Dah banyak kali Shin tanya Nore nak pi maner. Nore pun blur. Actually maner2 pun samer kan. So Shin bilang minumlah dulu dekat mamak kat Telawi then pi tengok (sekadar tengok, bukan baca) buku kat Silverfishbooks.
Shin mintak Nore tunggu kat platform dalam stesen LRT KL Sentral. Nak beli tiket KTM Intercity ke Temasek dulu. Bila Shin approaching sana, Shin sms kat Nore… Bila sampai kat platform, sorang je awek yang duk kat saner. Tudung hijau, kurung hijau, senyum ceria, potongan langsing dan wajah lawa. Itulah dia Nore, poster girl Taman Melewar.
Dalam perjalanan dari Bangsar LRT ke Telawi, kitorang hinggap kat Dataran Maybank. Ade orang nak beli Cosmopolitan bulan April eventhough yang March pun belom abis, hehe. Normally I pangkah salah satu daripada 3 mamak yang ade. Dave’s Corner, Al-Syed atau Lotus. Tanya Nore nak pi yang maner, blur lagi. Tapi keputusan kali ini penting. Apa pasal penting nanti korang kan tau.
Al-Syed tak terpilih sebab ia jauh sket dari Silverfish. Dave’s Corner pulak penuh sesak orang. So Lotuslah yang jadi pilihan. Di sinilah pertemuan blogger-blogger telah diadakan pada 11 Julai tahun lepas, di mana Budu, Menj, Suresh, Habri, Noor Amin dan yours truly telah hadir…
Nore memang seorang yang bestari serta sporting. Sebagai pelajar English Literature, Nore sentiasa membaca pelbagai jenis buku dan website. Oleh itu apa saja topik yang cungkilkan, banyaklah citer yang buleh sasterawan agung masa depan nie bagitau.
Tambahan pulak Nore baru hadiri sebuah seminar kat UIA di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Executive Director Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Mustapa Mohamed telah berucap. So Nore pun berkongsi dengan aku pelbagai jenis maklumat terkini tentang ekonomi negara seperti sektor manakah yang akan menjadi pendorong ekonomi dalam masa akan datang dan apakah perancangan yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Nore jugak tidak kurang fasih dalam politik sejagat, daripada Tengku Azlan (MP Jerantut), Chia Kwang Chye, Taib Mahmud, Endon Mahmud sehingga Paul Wolfowitz. Merunut Nore, Tengku Azlan nie… , hehe, sehingga semua kontraktor kelas F di Jerantut pun berpaling tadah. Taib Mahmud yang banyak memiliki hartanah di Amerika Utara pernah jemput Endon tinggal di bunglownya di California apabila Endon yang berbarah payudara pi berubat. Chia Kwang Chye pulak merupakan pemidato yang paling teruk kat dunia sampai kesemua peserta seminar beliau akan tertidur…
Dah tiga jam duk kat Lotus. Nasi goreng yang Nore ordered tu tak kuasa nak abiskan. Air ais pulak tiga gelas dah bedal. Kononnya kedai tu kedai ك ل ي غ oleh itu makanannya susah nak telan. Hmm… I wonder.
Lepastu Nore pi semayang. Around 4. Agaknya agar Zohor dan Asar buleh skali, haha. Tapi ade orang malas nak pi masjid walaupun tepi Bangsar Village shopping center je. So Nore cuba nasibnya kat Bangsar Village. Tak nampak sign surau. Jadi pi tanya jiejie kat information counter…
Nore : Excuse me, may I know where is the surau ?
Jiejie : I’m sorry,we dont have surau here…
Kan lah I dah kate, kat sini Bangsar, Bangsar people don’t pray. Hehehe. Kenalah pi masjid. Sampai kat masjid pun banyak perkara lucu yang berlaku. Since Nore dah pun rakam kat blog beliau, baiklah korang baca kat entry tu je… Nore yang pity Shin kena tunggu tu pula berbaik hati sangat dan pinjamkan Shin baca Cosmopolitan yang baru beli tadi tu.
Abis semayang kitorang pun muncul kat Silverfishbooks. Sini memang tempat yang paling Shin minati. Banyaknyer buku yang jarang dapat kat luar. Saleh ben Joned ade, Catherine Lim ade, Pramodya Ananta Toer ade, Noam Chomsky ade, Farish Noor yang Taman Melewar ingat menghina Islam pon ade. In short, macam-macam ade. Bagi Shin, memanglah sini lepak, enjoy air-con, tengok buku, tapi kalau nak beli memang tak pernah. Yang pernah beli pun vcd 6horts yang merangkumi 6 short video Amir Muhamad je. Tapi Nore tak sama. Sasterawan masa depan ini membeli nineteen, iaitu a collection of stories by women from Malaysia, Singapore and beyond. Hmm… Sebenarnya Shin pun minat baca, cuma tak cekal, slalu baca sampai halfway je.
Dinner was Burger King. Nampaknya Nore cukup gembira dapat beli buku citer baru. Shin pulak yang rasanya sedih sket sebab entahlah bila lagi buleh lepak ngan Nore skali lagi. Hopefully janganlah biarkan Shin tunggu lama sangat. Thanks Nore, feel so happy dapat lepak ngan kau