Setahun dulu, kita minum tepi IKD dan lawati Karpal Singh
Pada petang 23 Jun 2005, Faisal Mustaffa a.k.a. Acai, Ketua Biro Antarabangsa Angkatan Muda Keadilan Pusat, telefon aku, tanya kalau nak minum. Aku okay je. Tapi jejaka nie sampai pukul 3 lebih pun tak muncul. So aku baca buku sampai tertido kat sofa. Tetiba, aku tertengar orang honk, dan mommy bagitau, “Eh, saper tu yang letak kerete depan umah kita?” Owh, nampaknya Acai dah sampai, tengah merokok lagi kat luar pagar kita nie. Cemarkan udara PJ.
Faisal pakai sebiji kerete pacuan 4 roda yang macho. Entahlah saper punya, Amir Sari penyelaras IKD ke kengkawan diorang kot. Acai kata keretenyer masuk bengkel. Instead of pi minum kopi, Acai sebenarnya akan ambik gambaq dalam pertemuan di antara YB Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan Datuk Seri Anwar kat umah Karpal nanti, so kita kenalah carikan di manakah umah Karpal dulu.
Kita tiba di Pusat Bandar Damansara (Jabatan Imigresen & HELP Institute), tapi dah buat beberapa bulatan baru dapat cari masuk jalan ke sebelah sana Damansara Heights. Pada suatu ketika, semasa mendaki bukit di Jalan Semantan dekat Bangunan Shell, tetiba kerete kehilangan power. Nampaknya Acai yang tak biasa dengan kerete yang boleh dikawal dengan kedua-dua gear manual dan automatik nie tertekan sesuatu secara silap, dan daripada gear auto kita tetiba jadi gear 1 yang manual pulak. So beliau started kan enjin sekali lagik, dan kita terus mendaki bukit.
Jalan Buloh Perindu, Taman SA… Sukar nak cari. Lagipon di Jalan Damansara lama dan Jalan Jelutong (what a coincidence, memandangkan Karpal dulu MP Jelutong kat Penang) banyak simpang-sampung dan lorong sehala. At one point kita cari sampai dekat simpang masuk Jalan Damansara dari dekat Parlimen, iaitu di mana terletaknya Seri Perdana (kediaman rasmi PM) lama, istana Sultan Kedah dan kediaman Anwar dulu (bila masih DPM)… Kita pusing balek dan cari lagik. Jalan yang bernama Buloh Perindu banyak, ada 1, 2, 3, 4, 5 agaknya. Akhirnya kita jumpa. Kita turunkan tingkap, tanya seorang uncle yang berkemeja logo Dacing, dengan seruan “Undilah Barisan Nasional” tercetak di belakangnya. Si Dacing nie tengah kemaskan laman umah… “Depan sini umah Karpal Singh ke?” Acai tanya. Si Dacing tu jawab, “Betoi!”
Okay, tempat dah jumpa, masa awal lagik, kita balik minum kat Bangsar Baru dulu. Di tepi Bangsar Shopping Center (dimana Canny Ong yang kemudian dibunoh tue diculik), papan tanda tunjukkan Taman SA jugak, kita pon pusing masok dan tengok kalau sini pon bisa susor masok ke Buloh Perindu. Nampaknya sini lain.
![]() |
| Minum kat kopitiam tepi IKD |
Kereta macho dipulangkan kepada Amir. Bila masa hampir sampai, kita naik teksi dari depan IKD terus ke Buloh Perindu. Teksi tu tunggu kat tepi sampai kita abis, sebab sini usah untok cari teksi balek ke bandar. Kita duk kat tepi jalan dulu… Anwar tak muncul bila jam tunjukkan 6:30, tak sehingga 3 minit kemudian. Nurul Nuha turun dari Rover yang berplate WMK 1 tue, kecek dengan orang kat dalam umah memalui interkom di pintu, dan pintu bukak.
Kita pon masuk. Once masuk umah, terdapat tangga spiral untuk turun setingkat ke living room. Aku bingung macam maner Karpal yang naik kerusi roda buleh kuar masok. Kita bertegur ngan Anwar dan Nuha. Mrs Karpal dan anaknya Jagdeep Singh Deo jemput kita kat living room. TV tengah siarkan Shah Rukh Khan kat saluran Astro Prima.
Jagdeep dorongkan Karpal yang naik kerusi roda kuar dari kamar. Beliau baru balek dari Parlimen tadi. Bila Karpal sampai, Acai serta merta bertegur, “Yang Berhormat”. Selepas salam-menyalam dengan kita, sumer orang mula bicara pasal Bollywood. Anwar pula ujar macam manerkah filem Bollywood “is now a hittest thingy” kat dunia syaitan di mana beliau sebok bagi syarahan (pada masa itu). Aku nak tanya Nuha pasal study architecture dia dan sebagainya, aku ingat blogger David Teoh penah bagitau Nuha rakan sekelas dia kat Taylors dulu… Tapi nampaknya Nuha malu-malu kuching je… Takpelah, lain kali je.
Kita cabut selepas sembang-sembang sket dan amik gambaq beberapa keping. Entahlah kalau Nuha rasa sumer citer pasal politik tue memboringkan. Kesianlah dia jugak.
Dalam teksi, cabbie tanya, “Eh yang korang jumpa tadi tue Tan Sri Anwar ke?”… “Tan Sri sehat?” … Dia asyik menyebut Anwar sebagai Tan Sri. Maybe masa tue desas desus pasal sultan nak tarik balik title Datuk Seri yang kasi kat Awnar tu hangat kot. Takpe lah. Kita ikut Jalan Semantan dan Jalan Duta ke KL Sentral dan dari sana aku naik train balek ke umah. Ketika dalam train, aku SMSed Fadlyn… “Baru jumpa Karpal and Anwar…” Lyn balas, “That Karpal and that Anwar ke?” Then aku reply balek, “Yeah, Nuha as well…”
So, what’s the big deal? Aku kenal diorang, diorang tak kenal aku. Aku sememangnya ikan bilis kat hujung sekali food chain.
Time flies. sekejap je dah hampir setahun. Hope everyone’s doing fine. And that, I really wish, includes me.














Lain kali kamu jadilah Tan Sri atau yang berhormat ketua pembangkang. Masa itu jangan lupa saya
Comment by shenyeeaun — Saturday, June 24th, 2006 @ 10:53 am
kurang2nyer sdara dah berpeluang mendekati org2 tue…
Comment by zam — Thursday, April 12th, 2007 @ 5:19 am