Setahun dulu, kita minum tepi IKD dan lawati Karpal Singh
Pada petang 23 Jun 2005, Faisal Mustaffa a.k.a. Acai, Ketua Biro Antarabangsa Angkatan Muda Keadilan Pusat, telefon aku, tanya kalau nak minum. Aku okay je. Tapi jejaka nie sampai pukul 3 lebih pun tak muncul. So aku baca buku sampai tertido kat sofa. Tetiba, aku tertengar orang honk, dan mommy bagitau, “Eh, saper tu yang letak kerete depan umah kita?” Owh, nampaknya Acai dah sampai, tengah merokok lagi kat luar pagar kita nie. Cemarkan udara PJ.
Faisal pakai sebiji kerete pacuan 4 roda yang macho. Entahlah saper punya, Amir Sari penyelaras IKD ke kengkawan diorang kot. Acai kata keretenyer masuk bengkel. Instead of pi minum kopi, Acai sebenarnya akan ambik gambaq dalam pertemuan di antara YB Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan Datuk Seri Anwar kat umah Karpal nanti, so kita kenalah carikan di manakah umah Karpal dulu.
Kita tiba di Pusat Bandar Damansara (Jabatan Imigresen & HELP Institute), tapi dah buat beberapa bulatan baru dapat cari masuk jalan ke sebelah sana Damansara Heights. Pada suatu ketika, semasa mendaki bukit di Jalan Semantan dekat Bangunan Shell, tetiba kerete kehilangan power. Nampaknya Acai yang tak biasa dengan kerete yang boleh dikawal dengan kedua-dua gear manual dan automatik nie tertekan sesuatu secara silap, dan daripada gear auto kita tetiba jadi gear 1 yang manual pulak. So beliau started kan enjin sekali lagik, dan kita terus mendaki bukit.












