Kenaikan Harga Minyak: Malaysians Hit The Street, FRU Hit Malaysians
KLCC, 28 Mei - Cikgu Badrul Hisham Shaharin, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda, Kak Nora, aktivis Reformasi, Ronnie Liu, Setiausaha Perhubungan NGO DAP, Dr. Wardah Abdullah, AJK Lajnah Pengguna PAS Pusat dan Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kube Keghie dan Ketua Pemuda Pas antara 20 orang termasuk 2 wanita (Kak Nora dan Wardah) yang ditahan polis dalam tunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik di KLCC tadi.
Protes di KLCC tadi adalah yang terakhir daripada siri protes kenaikan minyak yang dinamakan “Protes Sampai Turun“, menurut penganjurnya, Dr. Hatta Ramli.
Dua orang penunjuk perasaan mengalami luka parah, termasuk Amran Zulkifli, 38 yang dipukul pengganas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di bahagian kepala dan Lim Ban Teng, 24, bendahari Pergerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) yang mengamali fracture di tangan kanan.
Amran telah dikejarkan ke Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dekat sini oleh mereka yang baik hati.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Kamal Pasha mengesahkan 18 orang ditahan, termasuk dua orang wanita. Mereka ditahankan di Balai Polis Hang Tuah a.k.a. Penjara Pudu.
Bantahan yang disertai 2000 orang menurut laporan Harakahdaily, dan, 500 orang menurut Malaysiakini itu bermula dengan lancar. Menurut little bird kita, blogger Eva, bilangan pnunjuk perasaan hari ini jauh melebihi demonstrasi terdahulu pada 10 Mac lepas.
Kira-kira 100 anggota FRU yang bersenjatakan cota serta rifel mengawal di depan KLCC, bersama beberapa senjata sulit rejim BN iaitu trak meriam air, manakala helikopter polis dilihat berlegar-legar di udara.
Menurut Agence France-Presse (AFP), mereka yang menyertai bantahan tersebut melaungkan “protes” sambil membawa sepanduk berbunyi ‘Kroni Kaya, Pekerja Didera’ dan “Rakyat Ditindas, Bolehkah Siswa Buat Tak Tau?” (人民受苦,大專生豈能坐視不理?).
FRU Mengamuk Ketika Dr. Hatta, Sok Swan dan Ronnie Berucap
Dalam ucapan itu Dr Hatta berkata, rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak dan terkini diikuti pula dengan kenaikan tarif elektrik. Kata beliau, apabila harga minyak naik semua harga barang-barang ikut naik dan ini telah menjejaskan kehidupan rakyat terutama mereka yang bergaji kecil apatah lagi mereka yang tidak bergaji.
“Harga minyak dunia naik sepatutnya rakyat memperolehi keuntungan dan tidak munasabah rakyat yang terpaksa menanggung,” katanya.
Ketika Dr Hatta berucap, helikopter berpusing di atas kawasan perhimpunan sebanyak tiga kali dan serendah lima kaki. Beliau terpaksa menghentikan ucapan kerana ketika itu akibat angin bertiup kencang menyebabkan daun-daun kering berterbangan dan suasana bising.
Laungan `hidup-hidup, hidup rakyat, jatuh-jatuh harga minyak, turun-turun harga minyak, Pak Lah-pak Lah turun, Najib-Najib turun’. Laungan itu berterusan sehingga helikopter beredar daripada kawasan tersebut.
Wakil Dema, Lim Sok Swan turut mendesak rejim BN menurunkan harga minyak dan tarif elektirk. Ronnie menyatakan penghargaannya terhadap sokongan yang diberikan kepada pembangkang dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.
Ketika Ronnie sedang meberi ucapan, tiba-tiba pengganas- pengganas FRU yang sudahpun lama bersedia di tepi mula memberi amaran kepada semua supaya bersurai.
Orang ramai terus mengamalkan hak mereka untuk berdemonstrasi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan lima minit kemudiannya, tembakan meriam air dilepaskan ke arah mereka.
Walaupun basah kuyup sepenuhnya, sebahagian besar orang ramai masih enggan berganjak dari situ, dan sejurus kemudian, anggota pengganas berpakaian awam masuk membuat tangkapan.
Sewaktu orang ramai beredar untuk mengelak terkena tembakan meriam air itu, pengganas FRU menyerbu ke arah mereka, menyebabkan ramai, termasuk wanita dan kanak-kanak bertempiran lari mencari perlindungan.
Dari klip video Dema yang dipaparkan di Merdeka Review, ramai pemuda terus dipukul kuat sekali dengan cota oleh FRU sungguhpun kumpulan pemuda itu suda setuju untuk beredar dan menjerit “Jalan, jalan…”, sehingga ada yang dipukul sampai jatuh dan terbaring di lantai.
Bagi rakyat Malaysia, senario sebegini lazimnya hanya ditonton di kaca TV dalam berita warga Palestine berhadapan dengan IDF Israel.
Amran dan Zahid Menjadi Mangsa Pengganas
Menurut laporan Malaysiakini, para saksi ternampak pengganas FRU bertindak ganas terhadap mereka yang menyertai bantahan tersebut, termasuk terhadap Timbalan Setiausaha Agung, Zahir Hassan, yang disepak terajang berulangkali termasuk sekurang-kurangnya 2 kali di bahagian belakang dan sekali di bahagian perut ketika tertiarap di atas jalan.
Zahir sedang beredar dari tempat bantahan tersebut bersama dua orang anak perempuannya apabila dia ditolak berkali-kali dari belakang oleh seorang pegawai FRU dengan perisainya.
Pengganas FRU berkenaan kemudiannya cuba menyentuh dan menolak dua orang anak perempuan Zahir yang kedua-dua berusia dalam linkungan 20-an. Zahir cuba melindungi anak-anaknya itu daripada pengganas berkenaan.
Sebaliknya, Zahir dibelasah oleh beberapa pengganas FRU. Dia ditolak ke lantai, dipukul dengan cota dan sekurang-kurang disepak sebanyak tiga kali,menyebabkan kedua-dua anaknya itu menjerit dan menangis secara histerikal.
Dalam kejadian tersebut, beberapa orang anggota FRU menarik Zahir keluar daripada kepungan isteri, anak dan peserta protes lain. Dua orang FRU memapah Zahir untuk terus ditahan.
Menurut Ketua Penerangan, Tian Chua, Zahir telah dihantar ke hospital untuk berubat dan mengambil gambar X-ray sebelum dihantar ke Penjara Pudu.
Dalam satu lagi pertengkaran, penunjuk perasaan Amran Zulkifli yang berusia 38 tahun dikerumuni 10 anggota FRU.
Beliau memegang seorang pegawai polis untuk melindungi dirinya daripada pukulan, termasuk satu hentakan daripada pelancar gas pemedih mata.
Kesan darah juga dapat kelihatan bertaburan di pintu masuk Suria KLCC di mana beliau dibelasah pengganas FRU.
Amran yang berusia 38 tahun mengadu kepada wartawan, “Ini bukan pukul, nak kasi mati!” memandangkan pengganas terus membelasah beliau dengan memupul terus di bahagian kepala.
Seorang pegawai polis yang bernama Yusuf pula mendakwa, daripada 500 orang yang berhimpun, cuma seorang sahaja yang dizalimi, itu kebetulan terkena sahaja.
Anak perempuan Nashita, wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), juga menangis dengan kuat sekali kerana menyaksikan kekejaman pengganas rejim BN.
Ketika ditanya wartawan mengapa polis mengganas, ACP Pasha mendakwa anggotanya terpaksa bertindak demikian untuk mempertahankan diri kerana kononnya para penunjuk perasaan melawan balik untuk elakkan ditahan.
Orang ramai pula menyindir pengganas dengan laungan “Anjing” dan “Masuk kandang” apabila pengganas FRU balik kandang selepas menzalimi rakyat.
Dibebaskan Akhirnya
Beratusan protester berhimpun di luar Penjara Pudu untuk menunjukkan sokongan. Para ppemandu yang lalu bunyikan hon untuk menunjukkan solidariti. Bantuan undang-undang oleh para peguam dinafikan oleh pihak polis.
Menurut Merdeka Review, Ronnie Liu menjadi tahanan pertama yang dibebaskan. Semua tahanan akhirnya dibebaskan pada pukul 3:30 petang, menurut Harakahdaily, dan lebih kurang pukul 4 petang, menurut Malaysiakini.
Ketua Penerangan, Tian Chua pula berkata, bahawa PM Encik Nice Guy Badawi ini langsung tiada bezanya daripada Tun, memandangkan polis masih diperalatkan untuk menzalimi penunjuk perasaan yang berdemonstrasi secara aman.
Naib Presiden Pas, Mohd Sabu berkata, daripada sebuah demokrasi, negara kita sedang berubah menjadi sebuah kediktatoran.
“Syarikat yang hutang TNB berbilion ringgit tidak dikenakan tindakan, rakyat biasa seperti kita pula dihukum untuk membayar tarif elektrik berlebihan. Menurut penyelidikan Kongres Kesatuan Pekerja Se-Malaysia (MTUC), perbelanjaan makan di kawasan bandar adalah sekurang-kurangnya RM 14 sehari. Mereka yang mendapat kurang daripada RM 1000 semakin susah nak terus hidup di Kuala Lumpur!”
AJK Pas Pusat, Mahfuz Omar berkata, kerajaan yang gagal menguruskan kewangan bukan sahaja tidak menurunkan harga apabila ditentang rakyat, malah membelasah rakyat dengan zalim, dan ini mencerminkan keangkuhan BN.
“Kalau scenic bridge boleh dihentikan selepas bantahan rakyat, kenapa tidak harga minyak? Kerajaan memang dah jangka rakyat akan memprotes, itulah sebabnya kenaikan tarif elektrik diumumkan hanya selepas Pilihanraya DUN Sarawak!”
Menurut blogger Shagadelica, senarai para tahanan adalah seperti berikut:
- Zahir Hassan, Timbalan Setiausaha Agung
- Cikgu Badrul Hisham Shaharin, Timb Ketua Penerangan Angkatan Muda
- Kak Nora, aktivis Reformasi
- Ronnie Liu, Ketua Perhubungan NGO DAP
- Salahuddin Ayub, MP Kubang Kerian
- Dr. Wardah Abdullah, AJK Lajnah Pengguna Pas Pusat
- Zulkifli Nordin, peguam
- Yap Weng Keong
- Lokman Redzuan
- Rakhima Hamid
- Ahmad Shakir
- Azahari Kadir
- Fauzi Ibrahim
- Abu Said
- Md Nadir
- Mohd Shafil
- Khairul Anwar
- Mohd Razduan
- Shamsul Hashim
- Zainal Abidin Napi
Sumber Rujukan:
- KeadilanRakyat: Kenaikan Minyak: Malaysians Hit The Street, FRU Hit Malaysians
- Malaysiakini: Brutal End to Fuel Hike Demo
- Harakahdaily: Protes harga minyak: FRU, polis belasah peserta perhimpunan
- Merdeka Review: 镇暴队警棒直往集会者头部打 528双峰塔和平集会血迹斑斑
- Shagadelica: Pak Lah’s response to 3-month Fuel Hike Anniversary
Galeri Foto:
- Malaysiakini Gallery: Bloody Sunday
- anak’s Fotopages: Protes Harga Minyak Naik di KLCC
Video:
- DJ Novin: Video Demo Minyak 28/05/06
- Merdeka Review: FRU Mengganas 镇暴队暴力殴打人群 (courtesy of Dema)
- Asia 427: Anime Wawancara bersama Swee Seng (Suaram), Hong Siang (Merdeka Review) etc













This couldn’t have come at a worse time now that the IGP is publicly at loggerheads with PM.Just that the RMP needs- more bad publicity….
Comment by Emmanuel — Friday, June 02nd, 2006 @ 4:21 am