Sejak lama lagi susah payah aku carikan gambar bulatan menara jam yang berdekatan warung keluarga makwe aku kat Kota Bharu tapi tak bertuah… Pagi tadi baru je ku bangun, ternampak Yahoo Messenger tengah blinking. Mestilah ini angkara pembuat kacau terunggul negara, Rajan Seri tu yang sering MENJadi-jadi. Aku malas nak layan dia. Tapi, selepas meneliti mesejnya, aku betol-betol hairan. Wow, nampaknya cacing holier-than-thou ni ada sesuatu yang ingin dikongsikan… Fotopages Kak Wina.

Wan Shafarina atau Kak Wina yang menampilkan dirinya sebagai “an0th3r bl0gg3r 0n th3 n3t” merupakan salah sorang teman blogger yang paling awal ku kenal. Mungkin kerana tekanan kerja, belajar dan jaga babies, Kak Wina kian tercicir dari blogging. Kadang-kala tiga bulan pun tak tulis entry baru, suatu fenomena ini kekal sampai saat ini. Yang saya syukur, Kak senantiasa melawat blog terpencil ini dan tidak kedekut berkongsikan pandangan yang bernas mengenai perkembangan semasa.

Kak Wina dah pecatkan bosnya kat UIA (di mana mereka yang minati Mim Alif Wau Ya hidup dalam sengsara) dan kini bertugas sebagai seorang programmer dekat Ministry of Entertainment (MOE), Putrajaya. Jika korang tak puas hati atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai entertainment programs, jangan korang segan untuk tujukan kepada Kak.


Gambar ihsan Madame Wan Shafarina

Kak Wina kini giat photoblogging kat Fotopages yang bernama My Pictures, My Life. Sebagai sorang pelancong yang cekal dan tekun, satu Malaysia telah Kak Wina jejaki. Dah tentu, negeri Cik Siti Wan Kembang kita pun tidak terkecuali. Marilah kita menghayati keindahan Bolehland tercinta melalui seni gambar Kak Wina :-)

p/s : yang ingin membuat kecoh berwaspada ! Kak Wina dah jatuh cinta dengan shooting. Janganlah anda menjadi target tembakan Kak Wina yang seterusnya !