Pengkalan Pasir : Siapakah yang Kurang Berbisa antara 2 Syaitan ?
Pilihanraya kecil pertama selepas Pemilihan Umum 2004 akan diadakan di N 12 Pengkalan Pasir, Kelantan, berikutan pemergian Ahli Dewan Undangannya Wan Abdul Aziz Wan Jaafar yang menang dengan majoriti tipis iaitu 55 undi. Pencalonan dan undian dijadualkan pada 27 Nov dan 6 Dis masing-masing.
Apakah tema utama pilihanraya ini? Itulah soal yang sering kita pertimbangkan sebelum kita bicarakan cerita ini. Apakah ia suatu pertarungan di antara Islam Hadhari dan Hadhariah Islamiyah ? Ataupun pertandingan mengenai pembangunan “jasmani” atau “rohani” (in a very generic sense) ? Ada juga yang melihat pilihanraya kecil ini sebagai pertempuran di antara Anuar Musa dan Husam Musa demi trofinya iaitu jawatan Menteri Besar Kelantan. Jadi, macam manakah patut kita menganalisa perkembangan ini ?
Yang jelas, keputusan pilihanraya kecil amat berkemungkinan menjejaskan kestabilan kerajaan negeri Pas, yang akan tinggal dengan majoriti cuma 1 kerusi di DUN jika BN menang, iaitu 23 : 22. Jika seseorang ADUN Pas malangnya dibeli dan kataki ke parti rasuah, Pas bahkan seluruh golongan pembangkang akan menerima padah.
Memang yang menjadi isu utama di pilihanraya kecil selalunya bukan isu nasional, kerana rakyat biasanya lebih prihatin terhadap isu-isu setempat. Tambahan pula, ramai juga belum sedar tentang pentingnya hak-hak asasi terhadap kehidupan seharian mereka, oleh itu bangkitkan isu-isu seperti kebebasan akhbar ataupun kezaliman ISA tidak dapat janjikan kemenangan Pas.
Pas melatah negara Islam versi BN adalah palsu sebab rasuah dan penahanan tanpa bicara masih berkembang pesat, tetapi Ketua Pemudanya Salahuddin Ayub yang pernah hadiri kempen Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) pula menggigit lidah sendiri dengan cadangannya agar ISA digunakan untuk menahan mereka yang menyokong petisyen mansuhkan moral policing, seperti kawan kita Elizabeth Wong, Naib Presiden parti dan Ketua Bahagian kita Sivarasa Rasiah, Ketua Biro Antarabangsa Angkatan Muda Faisal Mustaffa, kolumnis terkemuka Fathi Aris Omar, novelis dan komentar wayang Nizam Zakaria serta blogger sensasi Jeff Ooi, menurut laporan Harakahdaily, 7 Apr 2005,
“Jika kerajaan boleh menggunakan ISA ke atas ahli politik, Al-Arqam, Kumpulan Militan Malaysia atas alasan keselamatan negara, maka kerajaan juga boleh menggunakan tindakan undang-undang ke atas kumpulan 50 NGO ini,”
Slip of tongue ? Nampaknya tidak. Parti bermuka-muka ini yang kononnya anti-ISA tetiba cadangkan mereka yang tidak setuju dengan parti itu ditahan ISA, sedangkan BN sendiri pun tidak pernah mengugut untuk mengISAkan mereka yang mempetisyen agar ISA atau AUKU dimansuhkan ! No wonder ia didakwa mengancam demokrasi. Di sini dapatlah kita perhatikan betapa munafiknya sesetengah pihak.
Adalah mustahil untuk menuduh BN menzalimi kebebasan bersuara, kerana penapisan yang Pas amalkan jauh lagi teruk, bahkan seni tradisional yang berasaskan sastera zaman silam termasuk Mak Yong dan Wayang Kulit turut diharamkan. Sedangkan ada yang dakwa Pas tidak prihatin kepada msayarakat lain apabila menyokong Taliban yang robohkan Bamiyan Buddhas, warisan tamadun manusia yang berusia beribu-ribu tahun, Pas pula membuktikan kefanatikannya dengan sudi mengharamkan warisan seni budaya kita sendiri !
Jika ingin bincangkan kelemahan Umno dan Pas, memang banyak lagi boleh kita bibiranzzz. Jadi, apakah parameter untuk menilai dua parti ini ? Dari segi ekonomi, memang pembangunan yang Pas bawakan mendukacitakan. Akan tetapi, ia sebenarnya berpunca daripada keengganan Kerajaan Pusat untuk luluskan dan biayai projek-projek pembangunan.
Sama juga dengan krisis air. Menurut burung kecil kita di Kota Bharu, air paip hanya dibekalkan pada sebelah malam. Namun, ia juga berlaku di Negeri Sembilan bahkan Johor, kubu kuat Umno sendiri ! Jadi, tidak masuk akallah jika kita menolak Pas dan mengundi Umno kerana masalah yang disebabkan Umno sendiri.
Tambahan pula, kemunduran ekonomi pantai Timur bukan hanya berlaku selepas Kelantan jatuh ke tangan Pas. Diperintah Umno pun, peluang pembangunan dan pelaburan tetap kabur. Itulah yang berlaku apabila kita dipimpin seorang Perdana Menteri Jellyfish yang bukan sahaja tidak berazam melawan rasuah, bahkan tidak pedulikan jalan rosak di Kepala Batas, kawasan Parlimen Yang Amat Berhormat sendiri !
Bagi kita, pilihanraya kali ini merupakan peluang untuk kedua-dua Anuar Musa dan geng Husam Musa buktikan kekuatan sendiri. Puak Umno terutamanya Anuar Musa yang terdesak akan melakukan apa saja untuk merampas Kelantan. Beliau mempunyai track record tersendiri iaitu menabalkan saudara Sultan sebagai Sultan baru apabila Sultan berpihak kepada pakciknya, Tengku Razaleigh pada awal 90-an.
Jika Pas tewas, pembangkang akan kehilangan suatu pentas untuk buktikan kemampuan mereka untuk mentadbir, sungguhpun so far prestasi Pas sebenarnya tidak seberapa jugak. Ia juga satu peluang keemasan untuk Umno buktikan bahawa mereka tidak akan mendiskriminasi rakyat di negeri yang bukan diperintah BN…
Yang lebih penting, pimpinan muda Pas sedang cuba sedaya upaya mengubah imej Pas, daripada yang ortodoks kepada suatu parti yang moderate dan tidak lagi menitik beratkan dasar-dasar kurang popular dan sebagainya, agar ia lebih diterima generasi baru. Jika Pas kalah, tekanan kuat daripada akar umbi Pas akan terus menghalang geng Husam yang nampaknya lebih progresif sikit daripada terus menjauhkan diri dari ekstremisme, dan Pas akan jatuh kembali ke dalam lurah fundamentalisme. Akibatnya, bukan sahaja Pas bahkan seluruh pakatan pembangkang akan ditolak pengundi dalam pemilihan umum depan, kerana Pas gagal menebuskan diri daripada fundamentalisme.
Tuan-tuan dan puan-puan, demi pertahankan demokrasi dan peliharakan alternatif kepada parti rasuah yang bernama Umno, kita menyeru saudari-saudara pangkah Pas dalam pilihanraya kecil ini













Halo Shin, Good comments ! With so much xcitement in Kelantan soon I’m thinking of going to Kelantan to be an election watcher (togethr with other geng members). I heard all hotels/gueshouses are fully booked already. Is there any chance of tumpang in your house /suggestion of accomodations?
Comment by ong — Saturday, November 19th, 2005 @ 10:10 am
Shin, aku rasa parti PAS akan menang, kerana rasa I, org di Kelantan nak parti PAS.
Tapi, kalo tekaan I salah, tak apa lah, biar aku belanja ko keropok Kelantan yg famous tu. Berapa kampit ko nak?
Kalo aku teka betul, he, ada ke Cek Mek Molek yg ko boleh pass pada I?!
Comment by Pak Kadok — Saturday, November 19th, 2005 @ 11:50 am
Shin, good observations and comments. Keep on blog to raise more pangkah to PAS.
As a outsider of the election, i draw my “pangkah” (from my deep inside, though i dislike the islamic fundamentalisme)to PAS.
Comment by kiankeat — Sunday, November 20th, 2005 @ 2:51 pm
Dear BK, I guess you might wish to join Angkatan Muda Johor’s trip. I have contacted Nurin and she told me they would have places, in supporters’ house perhaps ? Check your email for more info
Comment by Shin — Monday, November 21st, 2005 @ 1:02 pm
Pak Kaduk,
‘Cek Mek Molek’ is actually a type of kuih in Kelantan.
Comment by atok — Tuesday, November 29th, 2005 @ 11:17 am
Cuci najis pun ada hukum tau…
TPM kata pilihanraya bukan soal hukum. Sebabnya tidak ada apa-apa fatwa dikeluarkan yang undi PAS dapat pahala, undi BN dapat dosa. Baca: Pilihan raya bukan soal hukum Sekejap, nak basuh najis pun ada hukum. Najis tu perlu dihilangkan bau, warna…
Trackback by Esprit De Corps — Saturday, December 03rd, 2005 @ 9:37 am
ape kaba seme skali?
stahu aku, wayang kulit diharamkan sbb nak main wayang kulit tu, biasenye org yg mainkan wayang kulit tu akan puja patung wayang kulit tu dulu. biasa la org melayu ni, ade je amalan khurafat die. puja memuja ni dikira syiriklah segi syaraknye. kalau takde elemen puja memuja tu, tak sila aku, ok je nak main wayang kulit tu. tp kene tgk la pulak macam mane cara kite jalankan majlis tu. tak bole la nak letakkan tempat duduk penon lelaki & pompuan skali je, kecuali bagi yang datang sama dengan family. kalau datang ngan balak @ awek, majlis tu dah dikire maksiat dah la. wallahua’lam… barakallah…
Comment by budakcelake — Tuesday, December 06th, 2005 @ 7:14 pm
budk celaka mmang betul tpi tu sume tgantung individu tulah..
Comment by kasimun — Sunday, October 14th, 2007 @ 5:20 pm