Pengkalan Pasir : Siapakah yang Kurang Berbisa antara 2 Syaitan ?
Pilihanraya kecil pertama selepas Pemilihan Umum 2004 akan diadakan di N 12 Pengkalan Pasir, Kelantan, berikutan pemergian Ahli Dewan Undangannya Wan Abdul Aziz Wan Jaafar yang menang dengan majoriti tipis iaitu 55 undi. Pencalonan dan undian dijadualkan pada 27 Nov dan 6 Dis masing-masing.
Apakah tema utama pilihanraya ini? Itulah soal yang sering kita pertimbangkan sebelum kita bicarakan cerita ini. Apakah ia suatu pertarungan di antara Islam Hadhari dan Hadhariah Islamiyah ? Ataupun pertandingan mengenai pembangunan “jasmani” atau “rohani” (in a very generic sense) ? Ada juga yang melihat pilihanraya kecil ini sebagai pertempuran di antara Anuar Musa dan Husam Musa demi trofinya iaitu jawatan Menteri Besar Kelantan. Jadi, macam manakah patut kita menganalisa perkembangan ini ?
Yang jelas, keputusan pilihanraya kecil amat berkemungkinan menjejaskan kestabilan kerajaan negeri Pas, yang akan tinggal dengan majoriti cuma 1 kerusi di DUN jika BN menang, iaitu 23 : 22. Jika seseorang ADUN Pas malangnya dibeli dan kataki ke parti rasuah, Pas bahkan seluruh golongan pembangkang akan menerima padah.












