Pengorbanan Cikgu: Layani Semua Sekolah dgn Adil
ALOR SETAR - Selain daripada berasa duka atas pengorbanan cikgu Chan Boon Heng, rakyat Malaysia juga harus sedar akan kepentingan pendidikan ibunda di negara ini yang semakin ditelan “anai-anai politik perkauman”, sehingga tibalah masanya untuk mempertahankan jatidiri dan kebudayaan rakyat daripada terus terhakis.
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) turut mendesak agar para politikus yang telah diberitahui masalah anai-anai yang dihadapi SJKC Keat Hwa (K) sebelum ini tetapi enggan bertindak untuk meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggung jawab serta meminta maaf daripada keluarga mangsa dan seluruh rakyat. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sdr Law Choo Kiang, pembantu khas kepada YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, selepas menziarahi keluarga mangsa.

Cikgu Chan Boon Heng meninggal dunia setelah jatuh terus ke tingkat bawah dari pejabat guru yang terletak di tingkat atas dewan kerana terpijak ke atas lantai yang sudah terhakis anai-anai.
Menurut beliau, pengorbanan cikgu Chan bukan kes masalah anai-anai yang tersendiri, seperti didakwa oleh Datuk Hishamuddin Hussien, Menteri Pelajaran dan Datuk Seri Ong Ka Ting, Presiden MCA, tetapi dilema yang dihadapi rakyat Malaysia, di mana layanan yang tidak sama diberikan kepada sekolah-sekolah yang berlainan aliran, di bawah taktik “Pecah dan perintah” yang diamalkan Umno dan konco-konconya di Barisan Nasional.
Beliau turut mengingatkan rakyat, jika kepentingan dan hak ke atas pendidikan bahasa ibunda terus terhakis, bukan sahaja masalah anai-anai atau pengorbanan akan terus berlaku, malah seluruh sistem pendidikan mungkin termusnah.
Warga Malaysia sangat memahami layanan berbeza yang diberi kerajaan. Jika mereka terus tidak menghiraukan hak mereka yang terhakis dan tidak pertahankan kepentingan generasi akan datang, serta enggan mengkehendaki agar kerajaan kembalikan hak rakyat, keadaan ini bukan sahaja akan kekal selamanya, malah akan diterima sebagai kebiasaan.
Sdr Law juga membidas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim dan Jabatan Pendidikan Kedah yang hanya sedar diri daripada bermimpi setelah nyawa cikgu Chan terkorban kerana dosa mereka langsung tidak dapat dimaafkan. Apakah peruntukan yang diberikan selepas kemangan berlaku dapat menyelamatkan mereka yang sudah meninggal?
Parti Keadilan mencabar kerajaan BN supaya memberikan peruntukan yang sama rata kepada sekolah-sekolah dari semua aliran dalan “Bajet” 2006 yang akan dibentangkan. Jika tidak, segala lakonan yang dibuat BN berikutan pengorbanan cikgu Chan hanya sandiwara yang bertujuan menyembunyikan dasar pendidikan yang tidak adil sahaja.
Beliau turut berharap agar rakyat Malaysia mendapat pengajaran daripada kes cikgu Chan, serta mempertingkatkan usaha untuk mempertahankan pendidikan bahasa ibunda semua rakyat Malaysia.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Naib Presiden Parti Keadilan, Dr. Lee Boon Chye mengalu-alukan peruntukan RM 10 juta untuk memperbaiki bangunan sekolah-sekolah “separuh bantuan” di seluruh negara. Akan tetapi, beliau menganggap peruntukan ini tidak akan menyelesaikan masalah yang paling asas, kerana sistem “sepenuh bantuan / separuh bantuan” yang kontroversi masih belum dimansuhkan, manakala RM 10 juta pun tidak memadai untuk mengatasi segala-gala masalah yang dihadapi sekolah separuh bantuan.
Sebenarnya, masalah “sepenuh bantuan / separuh bantuan” tidak harus berlaku kerana label sebegini tidak pernah muncul dalam Akat Pendidikan. Ia cuma ciptaan kakitangan Kementerian Pendidikan yang cuba mengurangkan peruntukan ke sekolah-sekolah untuk menindas murid-murid yang tidak berdosa. Ke mana pula perginya peruntukan yang “dijimatkan” itu entahlah kita.
Oleh yang demikian, Dr. Lee menyaran agar Kementerian memahami suara hati rakyat, dengan segeranya memansuhkan sistem “sepenuh bantuan / separuh bantuan” yang zalim, serta mencapai matlamat “bangunan papan sifar”, supaya semua bangunan papan di sekolah-sekolah diganti dengan bangunan moden yang selamat, dan bukan hanya memperuntukkan RM 10 juta kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah-sekolah agama untuk meredakan kemarahan umum.
“Seperti yang dikatakan oleh Datuk Hishamudin, Menteri Pelajaran, masalah keselamatan dihadapi semua sekolah tanpa mengira alirannya. Memandangkan masalah keselamatan adalah masalah semua, dan bukan “hak istimewa” sesuatu kumpulan, isu ini tidak harus dipolitikkan atau “diperkaumankan”. Oleh yang demikian, kerajaan harus melaksanakan tanggung jawabnya terhadap pendidikan semua rakyat, dan melayani semua sekolah dengan adil dan sama rata.
Mengenai usul tentang kes ini yang dibentangkan Puan Chong Eng (MP Bukit Mertajam) telah dinafikan, Dr. Lee berpendapat bahawa ini mencerminkan dilema rakyat Malaysia yang berlaku kerana kurang sangat kerusi yang dimenangi parti-parti pembangkang, sehingga banyak isu yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat tidak dapat dibentangkan dan dibincangkan di parlimen.
Usul ini turut disokong oleh Parti Keadilan, dan Dr. Lee mengutuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Lim See Ching yang mengarahkan urul ini tidak diterima kerana tidak penting. Perbuatan ini bertentangan dengan cara kerajaan membenarkan peruntukan diberikan dengan segera, dan ia cungkilkan keraguan rakyat mengenai keikhlasan kerajaan untuk menangani masalah ini.
Parti juga mendesak kerajaan agar peruntukan ini digunakan dengan penuh ketelusan, agar rasuah dan penyelewengan dapat dicegah.
KR.org:













WorldSex Daily Updated Free Links to Hardcore Sex Pictures, Movies, Free Porn Videos and XXX Live Sex Cams
Comment by SEXMENS — Saturday, April 08th, 2006 @ 6:38 am