Wednesday, September 21st, 2005

Jemputan Ke Perarakan Aman Sempena

“Kempen Bebaskan Tahanan 4-Tahun ISA”

Di Kamunting, Daerah Larut, Matang & Selama, Negeri Perak.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), dengan kerjasama anggota-anggota GMI Perak, akan mengadakan satu perarakan aman, sempena genap 4 tahun mereka yang dituduh ahli-ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM) di Kem Tahanan Kamunting pada 23hb September 2005.

Mereka yang dituduh ahli KMM termasuk Ahmad Pozi Darman, Alias Ngah, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Solehan Abdul Ghafar, Mohd Luthfi Ariffin, Mohd Rafi Udin, Mohd Zulkifli Mohd Zakaria, Zainon Ismail dan Zid Sharani Mohd Isa.

Objektif perarakan tersebut adalah:

  1. Menuntut pembebasan para tahanan politik ISA yang telah ditahan genap 4 tahun di Kem Tahanan Kamunting iaitu mereka yang dituduh menjadi ahli KMM.
  2. Menuntut pembebasan kesemua tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting.

Perarakan aman akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh :24 September 2005 (Sabtu)
Masa :10 pagi
Tempat : Dari Masjid Kamunting menuju ke Kem Tahanan Kamunting

Peserta yang bertolak dari Lembah Klang dijemput untuk menyertai konvoi kereta GMI.

Tempat berkumpul : di Kawasan Rehat (R & R) Rawang (arah Utara)
Masa : 6:30 pagi

Pihak tuan/puan adalah dengan segala hormatnya dijemput untuk berarak bersama-sama dengan isteri dan keluarga tahanan ISA sebagai sokongan solidariti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nashita (012-6169151) atau Lih Kang (012-5173067) Sekian sahaja, terima kasih. Bebaskan Semua Tahanan ISA!!! Mansuhkan ISA!!!

Yang benar,

Chang Lih Kang

Setiausaha GMI

ALOR SETAR - Selain daripada berasa duka atas pengorbanan cikgu Chan Boon Heng, rakyat Malaysia juga harus sedar akan kepentingan pendidikan ibunda di negara ini yang semakin ditelan “anai-anai politik perkauman”, sehingga tibalah masanya untuk mempertahankan jatidiri dan kebudayaan rakyat daripada terus terhakis.

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) turut mendesak agar para politikus yang telah diberitahui masalah anai-anai yang dihadapi SJKC Keat Hwa (K) sebelum ini tetapi enggan bertindak untuk meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggung jawab serta meminta maaf daripada keluarga mangsa dan seluruh rakyat. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sdr Law Choo Kiang, pembantu khas kepada YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, selepas menziarahi keluarga mangsa.

(more…)