Saturday, September 03rd, 2005

(Petaling Jaya, Saturday): We have just celebrated our nation’s 48th birthday yesterday.Many Malaysians, especially the young generations born after the Independence, knows very little about the history of Malaya (now Malaysia).

The History textbooks they studied in schools do not give them the real picture.

Contrary to what they have learned from the textbooks, UMNO leaders were not the real fighters for Independence.

Most of the UMNO leaders in the Merdeka era were actually senior servants of the British government. Just take the first four Prime Ministers in the country as example.

The first Prime Minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, was serving the colonial government in Kedah as a District Officer in districts like Langkawi, Kulim and Sg Petani.

After obtaining his LLB at the Inner Temple, London in 1945, he served as a DPP and later promoted to the position of a session court president in Selangor.

His deputy Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein (Malaysia’s second Prime Minister), was serving the British as the State Secretary of Pahang in 1952 after obtaining his LLB at the Lincoln’s Inn as a Queen’s Scholar in 1950. Razak served as the Chief Minister of Pahang in 1955.

Tun Hussein bin Dato Onn, the third Prime Minister of Malaysia, was a police depot commander in Johor Bahru in 1945. He later served as an Assistant District Officer in districts like Kuala Selangor and Klang in the fifties. He obtained his law degree at Lincoln’s Inn in 1958.

The fourth Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, was serving as a medical officer in Alor Star, Langkawi and Perlis in the fifties after graduating as a medical doctor in 1953 from Universiti Malaya (Singapore). He opened his own clinic in Alor Star in 1957.

UMNO leaders were treated as friends of the British. Together with the leaders of MCA and MIC, they cooperated with the British master to negotiate for the Independence of Malaya.

Little wonder why The Times of London reported the birth of Malaya with a resonant chord of approval. In particular it pointed out the impeccable credentials of its conservative Malay leaders, who, unlike the troublesome radicals of the Left, had showed that they were of a decidedly more moderate and accommodating temper. It reassured its readers that:

‘Malayan nationalism had not been born out of conflict and there was not a single Malayan Minister who had ever spent a day in prison for sedition’. (The Times, August 31, 1957.)

One may even argue that the Alliance leaders were not the ones that put up real sacrifice for the Merdeka struggle.On the other hand, many of the real freedom fighters were thrown into jails.

Young Malaysians should know that PKMM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya) leaders like Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Arshad Ashaari, Dahari Ali , Baharuddin Tahir,Khadijah Ali, Ibrahim Karim, Kamarulzaman Teh( Pak Zaman),Abdul Rahman Rahim and many others have played a pivotal role in the struggle of Independence.(Merintis Jalan Ke Punchak ,1972)

PKMM sent a big delegation to the historic UMNO (United Malays National Organisations or Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) congress which was held from March 1 to 4, 1946 in Kuala Lumpur.

In the inaugural congress, PKMM proposed to “reject the Malayan Union and demand for a truly independent Malaya” (menolak Malayan Union dan menuntut Malaya Merdeka yang seratus peratus).

Unfortunately, the proposal was rejected by the congress and the PKMM delegation staged a walkout as a protest on the third day of the congress. Its leaders continued to step up its struggle for a truly independent Malaya, unlike the other conservative UMNO leaders who wanted to maintain their status quo.

The British started to clamp down on PKMM and API members in 1948. Many members and leaders were jailed and some of those who escaped from the police went into the jungle to join the arm struggle led by MCP. This has created a political vacuum, which was quickly filled up by UMNO with the consent of the British. Both MCA and MIC were also formed after the establishment of UMNO with the encouragement from the British.

It must be pointed out that without the struggle and sacrifice made by these freedom fighters and the pressure mounted by the Malayan Communist Party led by Chin Peng (as acknowledged by Tan Sri Rahim Noor, IGP on signing the peace accord with MCP), the British would certainly not willing to cooperate and negotiate with the Alliance leaders for an “Independence without bloodshed”.

We must also not forget about the struggle put up by visionaries like Ibrahim Haji Yaakob (KMM, Kesatuan Melayu Muda) who dreamed of forming Malaya Raya in the 1940s.Some of these freedom fighters continued fighting for MERDEKA during the Japanese Occupation.

We could even trace some of the freedom fighters way back in 1890s. Some of these legendaries include Dato Bahaman, Mat Kilau and Mat Kelubi.

Note: Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) was formed on 17 October 1945 in lpoh, Perak, a year before UMNO was formed. Founding leaders include legendaries like Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman and Dr. Burhanuddin al-Helmi(later became President of PAS). The objective of PKMM was to fight for a truly independent nation, free from the stranglehold of the British colonials. Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) and Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) were all wings set up under PKMM to fight for Independence.

(3/09/2005)

Ronnie Liu Tian Khiew, DAP International Secretary and NGO Bureau Chief

DAPmalaysia.org : The real fighters for MERDEKA

Secangkir Kopi Pahit oleh Rustam A. Sani

TIGA dekad pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri negara ini telah meninggalkan banyak kesan. Sahsiahnya sebagai seorang yang cenderung ke arah gaya pemerintahan kuku besi telah melahirkan sebuah masyarakat yang tidak begitu menghargai perbedaan pandangan dan wacana. Institusi-instiusi politik demokrasi yang biasanya melibatkan perbincangan dan perdebatan ñ seperti Parlimen dan Kabinet ñ dikatakan telah menjadi gelanggang monolog Mahathir.

Malah parti politik besar yang dipimpinnya, yakni Umno, menjadi amat terhakis sifat-sifat demokrasinya sewaktu di bawah pimpinannya. Sudah beberapa kali, dalam menghadapi pelbagai krisis, parti itu dimanipulasi untuk menangguhkan unsur-unsur demokrasinya yang amat asasi seperti pemilihan para pemimpin di perhimpunan agung. Yang menariknya, kesan kekangan pemerintahan Mahathir itu tidak sekadar berlaku dalam Umno sahaja. Kesanya terhadap pemerintahan pada keseluruhannya dan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan pemerintahan itu amatlah jelas.

Tidak banyak dasar pemerintahan negara yang telah difikirkan semula, apa lagi dibatalkan, semata-mata kerana ada pihak-pihak cerdik pandai atau profesional mengkritiknya ñ kalaupun ada cerdik pandai yang berani mengkritik kerajaan pada zaman itu.

Apa yang dikehendaki Mahathir, maka itulah yang akan terjadi. Pengalaman pahit Anwar Ibrahim merupakan peringatan jelas kepada sesiapa yang berani berbeda pandangan dengan Mahathir ñ betapapun tingginya kedudukan orang yang berbeda pandangan itu, betapapun berhati-hatinya perbedaaan pandangan itu diluahkan.

Mahathir memang merupakan seorang yang lebih mengutamakan kestabilan daripada kebebasan bersuara. Jika kita mengingatkanya tentang cara pemerintahannya yang kuku besi itu, maka saya kira dia akan mengingatkan kita betapa stabilnya suasana politik pada waktu pemerintahannya itu.

(more…)

Wacana Timbalan oleh Dr Syed Husin Ali

PRESIDEN Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sewaktu membuat ucapan penutup dalam Perhimpunan Umno pada 22hb Julai lalu, merasa bangga kerana Umno kali ini berpelung membincang satu rancangan penting sebelum kerajaan membuat ketetapan mengenainya. Rancangan ini berkaitan dengan pembangunan negara dan kemajuan orang Melayu.

Memang benar seperti kata Abdullah bahawa ini berbeza dengan amalan masa lalu, apabila Kerajaan membuat dasar atau rancangan terlebih dulu dan selepas itu baru Umno membincang dan menerimanya saja. Mungkin Abdullah tidak mahu menegaskan bahawa semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui pemerintahan negara, beliau bukan saja selalu tidak berbincang dengan parti, bahkan tidak merujuk kepada Parlimen atau Kabinet sebelum memulakan kebanyakan rancangan besarnya. Dari sudut ini kita lihat memang ada perbezaan di antara Abdullah dengan Mahathir. Akan tetapi tidak tahulah berapa lama perbezaan ini akan berlanjutan. Mahathir sendiri, dalam satu dua tahun permulaan beliau menjadi Perdana Menteri, memperlihatkan sifat agak terbuka.

Malangnya, lama kelamaan taring kuasa ‘authoritarian’ beliau semakin terserlah. Ramai yang mengharapkan ini tidak berlaku pada Abdullah. Namun, sayang sekali dalam tempoh setahun beliau memerintah, cengkaman Abdullah ke atas media agak teruk, kadang-kadang lebih teruk daripada masa Mahathir.

Jikalau prosedur boleh dibanggakan, adakah keputusan yang dicapai oleh perhimpunan Umno mengenai agenda membangun orang Melayu membanggakan juga? Bermula dengan pidato pembukaan oleh Presiden Umno membawa kepada ucapan-ucapan oleh beberapa orang perwakilan yang dipilih, berbagai-bagai rintihan, rungutan, kritikan dan kejian telah dilontarkan terhadap apa yang dianggap sebagai kelemahan atau ketinggalan orang Melayu dalam bidang ekonomi khususnya.

Akhirnya, untuk mengatasi kelemahan himpunan Umno tahun ini, yang dianggap sebagai ‘bersejarah’ dan ‘keramat’ hanya dapat memutuskan untuk menghidupkan kembali semagat DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Cadangan Agenda Nasional Baru (ANB), yang dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pemuda Umno, telah diterima oleh perhimpunan. Dalam sidang akhbar selepas itu, Abdullah memuji ANB sebagai cadangan yang baik dan membayangkan kerajaan akan menerimanya untuk dilaksanakan.

Apabila Dr Mahathir tidak puas hati dengan pencapaian matlamat pembangunan negara dengan DEB, beliau mengubahnya menjadi DPN (Dasar Pembangunan Nasional). Sekarang, apabila Umno, terutama sekali pemuda, tidak puas hati dengan DPN, sebab dilihat sebagai tidak membantu orang Melayu sangat, maka ia kembali kepada DEB. Perbuatan ini seperti menggilap semula barang lama yang sudah kotor berhabuk. Tetapi adakah dengan perbuatan ini, dengan kembali semula kepada DEB, akan benar-benar dapat membela nasib orang Melayu?

Seperti kita maklum, DEB diperkenalkan berikutan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, apabila pembunuhan kaum berlaku. Puncanya dilihat sebagai keadaan ekonomi yang tidak seimbang di antara orang Melayu dengan bukan Melayu, Cina terutama sekali. Peristiwa yang mula mencetuskannya ialah ketegangan kaum yang berlaku selepas pilihanraya, manakala Umno merasa terancaman akan hilang kuasa di Selangor, kerana Umno-Perikatan memenangi kerusi sama banyak dengan pihak pembangkang.

Selepas berhimpun beramai-ramai di pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor waktu itu, sekumpulan orang Melayu dari situ menyerang orang Cina. Pergaduhan kaum tercetus dan merebak di Kuala Lumpur. Nyawa melayang dan harta benda musnah. Darurat digisytiharkan.

Parlimen digantung. Mageran (Majlis Gerakan Negara) dibentuk. Timbalan PM ketika itu, Tun Razak menjadi Pengarah. General Ibrahim dilantik sebagai pegawai eksekutif. Beberapa orang kakitangan pentadbiran awam dipilih sebagai anggota sekretariat. Antaranya Perana Menteri kini.

Tidak lama kemudian dasar ekonomi baru diumumkan dan rancangan pembangunan di bawah DEB dikemukakan untuk pelaksanaan. Matlamat DEB ialah untuk membina Perpaduan Negara. Untuk mencapai matlamat ini diperkenalkan dasar serampang dua mata, iaitu, mengatasi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat dengan menggalakkan keseimbangan kaum dalam perdagangan dan perindustrian.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak juga kemajuan yang telah dicapai untuk orang Melayu sejak pelancaran DEB. Bilangan keluarga miskin dan kadar kemiskinan turun. Bilangan orang Melayu yang terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi dan menjadi kaya raya bertambah. Begitu juga jumlah pelajar Melayu di universiti dan mereka yang masuk ke bidang profesional sebagai doktor, jurutera, akauntan dan sebagainya juga meningkat. Pendapatan perkapita naik berlipat kali ganda.

Dalam pada itu terdapat juga beberapa kekurangan. Pengagihan kekayaan tidak adil. Kekayaan semakin bertumpu pada segelintir orang, tidak kira kaum. Sungguhpun kadar kemiskinan mutlak berkurang, namun kemiskinan perbandingan bertambah. Jurang antara ramai orang Melayu miskin atau kurang berada dengan sedikit orang Melayu kaya atau lebih berada semakin melebar. Jurang lebar ini bukan saja antara kaum, bahkan juga intra-kaum (dalam kaum yang sama).

Bagi ramai yang susah, walaupun pendapatan bertambah namun ia sering tidak bererti sangat kerana kuasa beli wang menurun. Harga barang keperluan terus melambung; bayaran untuk mendapat kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan dan seterusnya semakin tinggi. Mereka ini, sama ada dalam bidang awam atau swasta, tidak banyak mendapat faedah yang bererti daripada DEB ataupun kedudukan istimewa yang selalu disalah sebut sebagai hak istimewaí Melayu.

Sebaliknya, atas nama DEB dan ëhak istimewaí peluang mengaut kekayaan bertumpu pada sebilangan kecil keluarga dan suku-sakat pihak yang mempunyai kuasa. Umno menjadi arena untuk berlumba mencari peluang kekayaan, kerana kekayaan membantu mendapat kuasa, mula-mula dalam parti, dan dengan kuasa ini boleh dikaut lebih banyak lagi kekayaan.

Nilai gila kuasa dan mata duitan bertambah merebak. Amalan korupsi dan mengalibaba lesen atau kontrak menjadi kronik. Mereka yang paling rakus terdiri daripada kroni dan keluarga terpilih, kebanyakan dari kalangan Umno-BN.

Dari Perhimpunan Umno kali ini banyak sekali yang kita dengar tentang ketinggalan sosio-ekonomi orang Melayu. Ramai yang bercakap tentang padang yang tidak rata. Agak menarik sekali, antara mereka yang paling lantang menyuarakan ini ialah pemimpin-pemimpin muda Umno yang sudah menjadi jutawan atau multi-jutawan, tidak kiralah dengan apa caranya.

Tetapi mereka ini hanya bercakap tentang padang tidak rata antara Melayu dengan Cina. Mereka tidak bercakap tentang padang tidak rata di antara Melayu kaya dengan Melayu miskin, yang rapat dengan pemimpin berkuasa dengan yang tidak.

Sekarang ini DEB hendak digunakan bagi menegakkan agenda Melayu. Mungkin tindakan ini dibuat oleh sesetengah yang memang ikhlas hendak menaikkan lagi taraf sosio-ekonomi orang Melayu. Kita mengakui pada umumnya orang Melayu lebih ketinggalan daripada orang Cina, misalnya, dikira dari segi pendapatan per-kapita, bilangan jutawan, jumlah profesional dan sebagainya.

Tetapi, semakin diamati semakin nyata ada dua faktor yang menjadi pendorong besar kepada Umno untuk melaungkan agenda Melayu dan menghidupkan DEB semula, iaitu ekonomi dan politik

Keadaan ekonomi negara belum pulih. Kantung kewangan untuk dibelanjakan bagi projek-projek tambah kempis, dan kontrak-kontrak yang boleh diagihkan kepada semua kaum semakin habis.

Dalam keadaan ini timbul perebutan untuk mendapatkan sedikit yang tinggal. Akhirnya, DEB akan digunakan bukan untuk menaikkan taraf golongan rakyat Melayu yang ketinggalan, tetapi untuk membuka peluang kepada segelintir Melayu terpilih untuk menguasai baki kontrak dan lesen yang ada.

Dari segi politik pula, pengaruh Umno sekarang ini kelihatan merosot. Keyakinan terhadap Perdana Menteri semakin menurun. Tanda-tanda perpecahan dalam Umno tambah ketara. Sokongan rakyat pelbagai kaum kepada Umno-BN kian terhakis. Jadi Umno merasa perlu untuk mengibarkan bendera DEB dan Agenda Melayu, sebagai asas Agenda Nasional Baru (ANB), yang kononnya bertujuan untuk membela nasib orang Melayu. Tujuannya ialah untuk memastikan kemenangan besar sekali lagi dalam pilihanraya.

Akhirnya, adakah nasib orang Melayu akan lebih baik secara keseluruhan? Sudah pasti, sekiranya penindasan, korupsi dan kronisme berterusan, dan nilai-nilai buruk yang timbul dari gila kuasa serta tamak harta berlanjutan di kalangan pemimpin negara dan Umno-BN, selagi itulah rakyat jelata tidak akan mendapat pembelaan yang sejati.

KeadilanRakyat.org : Syed Husin: ANB Agenda Politik Umno