Kita pun pengkhianat, kononnya, Encik Faisal Tehrani ?
Sepuluh tahun lagi andainya Rani Manicka memenangi Hadiah Nobel sekalipun, atau Tash Aw menjadi kulit hadapan majalah Times, pencapaian mereka itu tidak akan dapat menyaingi cerpen kecil Nisah Haji Haron berjudul Anyss Sophilea apatah lagi dapat menyamai cubaan Nisah menerusi novel pertamanya Mencari Locus Standi.
Saperkah yang lontarkan dakwaan sebegini, bolehkah cuba kalian tekakan ?
Kak Annyss telah siarkan tulisannya di Dewan Sastera, keluaran Ogos 2005, mengenai perlunya karya sastera dalam apapun bahasa diberikan keprihatinan yang sama, terutamanya memandangkan karya dalam Bahasa Inggeris di Tanah Melayu ini kurang dapat sambutan, sungguhpun kita dah lahirkan karyawan muda seperti Tash Aw dan John Ling yang menggegar seluruh dunia.
Sebaliknya, kawan karib kak Annyss, Encik Tehrani ini pula dakwa pencapaian karyawan-karyawan terkemuka ini tidak akan setinggi mana, selagi mereka tidak menulis dalam Bahasa Melayu.
Itulah sebabnya hamba berblog dalam Bahasa hari ini, khuatir dituduh kurang upaya dan kurang daya…
Hamba amat minati karya dan tulisan Encik Faisal jugak. Novel beliau yang pinjam tajuknya daripada kod dial-up TMnut itu memang menarik hati. Jalan ceritanya bukan sahaja sukar diramalkan malah mengejutkan.
Perkara sama turut terjadi kepada tulisan Encik ini di Kakiseni, seperti Ada apa dengan Bahasa Melayu ?. Hamba setuju seratus satu peratus apabila beliau berkata kemampuan bahasa kebangsaan kita tidak tertewas kepada mana-mana bahasa lain di dunia.
Akan tetapi, apabila beliau tunjukkan wajah facist dan terus mengagung-agungkan sesuatu saja bahasa dan memandangkan rendah kekanda kita yang berkarya dalam bahasa lain, hmm… mestilah ada something wrong somewhere. Adakah Bahasa Inggeris sampai saat ini masih alat omputeh menjajah dan brainwash bangsa kita ?
Mustahilkah rakyat negaraku yang kebolehan mereka saya rasa sehebat warga AS dan Jepun berjaya jika berkarya dalam bahasa yang kononnya hak mutlak omputeh nie ? Apakah mereka turut akan kehilangan jatidiri bangsa dan menjadi pengkhianat, seperti yang Faisal lontarkan kepada Kak Annyss ?












