Jamuan Malam 3 Ogos bersama Anwar Ibrahim:
Perbahasan isu Pengakhiran Hak Istimewa Bumiputera, DEB dan Bangsa Malaysia
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan kritikan beliau semasa di Tokyo mengenai isu pengakhiran hak istimewa Bumiputera, DEB dan Bangsa Malaysia dalam Jamuan Malam yang akan diadakan pada malam 3 Ogos 2005.
| Tarikh | : 3 Ogos 2005 |
| Masa | : 8 malam |
| Tempat | : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur |
Beliau menitik beratkan bahawa semua rakyat Malaysia harus diberi hak untuk maju, kerana pembangunan negara bukan berasas di atas warna kulit. Oleh yang demikian, beliau percaya hak istimewa bumiputera mesti diakhiri.
Berucap di Tokyo pada 29 Julai 2005, Anwar berpendapat bahawa negara harus akhiri segera dasar bantuan bumiputera yang telah diperkenalkan 35 tahun dahulu. DEB dan bantuan bumiputera yang telah menjadi mimpi ngeri rakyat telah mempercepatkan fenomena rasuah, budaya kronisme, nepotisme dan penyelewengan.
Menurut beliau, sejak tahun 1970-an, pemerintah telah perkenalkan dasar tongkat demi membantu bumiputera dari segi pendidikan, ekonomi dsb., untuk mengurangkan jurang ekonomi di antara pelbagai bangsa. Kemiskinan dan kekurangan peluang pembangunan memang ketara pada tahun 1970-an, tetapi bantuannya telah lama diberi selama 35 tahun. Bantuan kepada bumiputera adalah amat tidak adil bagi bangsa-bangsa lain, sudah tiba masanya kerajaan mengubah dasar ekonomi kita. Ini kerana dasar-dasar yang bertujuan membantu bangsa Melayu telah berubah menjadi pemangkin kepada kronisme.
Anwar yang juga merupakan penasihat Parti Keadilan akan menjelaskan idea politik era baru, anti-rasuah, anti-perkauman dan Bangsa Malaysia yang mampu bersaing dalam zaman persejagatan kepada masyarakat umum.
Jamuan malam anjuran Ketua Penerangan Parti Keadilan, Encik Tian Chua, bersama dengan pasukannya Pusat Perkhidmatan Parlimen Batu adalah bertujuan untuk mengutip dana parti. Ia akan bermula pada pukul 8 malam. Sila membeli tiket anda di talian yang berikutan:
| Pusat Perkhidmatan Batu | 03-4404-0063 |
| Lee Sang | 012-399-6570 |
| Chin | 017-320-9223 |
| Poh | 019-238-8707 |
| Lee | 012-291-7289 |
| Chan | 012-289-6063 |
| Miss Gan | 016-296-4112 |
| Miss Jasmine | 012-234-5615 |
Semua Media dialu-alukan kehadiran untuk membuat liputan.
Sila merujuk kepada berita ini di laman rasmi parti.












