Hatta, Kerajaan Langit pimpinan Ayah Pink telahpun dirobohkan oleh pengganas-pengganas dari Jabatan Hal-ehwal Agama Islam Terengganu dan Pejabat Daerah dan Tanah Besut. Apakah ia satu tindakan yang wajar diambil oleh kerajaan Islam Hadhari yang melancap secara rohani bahawa dirinya Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ?

Malaysia bukan Taleban atau Saudi. Betapa bodohnya Umno mencontohi Pas yang bangang dan kolot. Kita sepatutnya bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan di mana termaktubnya Pasal ke-11 iaitu mengenai kebebasan beragama. Apakah kerajaan berhak memijak undang-undang ?

Perlembagaan Persekutuan telah mengisytiharkan sendirinya undang-undang tertinggi negara. Segala undang-undang yang bercanggah dengannya tidak sah. Sebagai sebuah negara yang menghormati undang-undang, sudahlah tentu amat menggeramkan jika jabatan kerajaan atau penganut-penganut sesuatu agama melanggar undang-undang sesuka hati, memusnahkan harta benda atau membatas kebebasan orang lain dengan memperalatkan dan bersembunyi di belakang kitab agama mereka.

Seperti yang dikomen oleh La Bana yang bandingkan pemusnahan Kerajaan Langit oleh Umno dengan perobohan Buddha Bamiyan oleh Taleban, apakah beberapa payung dan wakaf gergasi sahaja dapat menggoncangkan keamanan negara atau menggulingkan pemerintah ? Ataupun aqidah umat Islam negara ini begitu lemah sehingga mudah terpengaruh oleh pesakit jiwa ?

Al-Quran dikatakan meminta para Murtad dibunuh, inilah tafsiran segelintir sampah masyarakat. Akan tetapi sebagai negara bertamadun, kebebasan untuk memasuki atau meninggalkan sesuatu agama, Islam atau sebagainya, harus dipertahankan sepertimana dinyatakan dalam Perlembagaan, iaitu satu-satunya undang-undang sebenar. Membenarkan penganut agama-agama untuk memilih ajaran agamanya sebagai “way of life” tidak menghalalkan mereka membunuh, apa saja yang mereka mendakwa kitab mereka katakan.

Pengikut-pengikut kumpulan yang digelar ajaran sesat, asalkan tidak berjenayah (contohnya Aum Shinrikyo yang menabur sarin di MRT atau Al-Maunah yang merampas senjata), tidak patut ditahan atas sebarang tuduhan. Seseorang adalah innocent until proven guilty. DS Endon harus cubit telinga YAB DS Abdullah Ahmad Badawi atas penyelewengan dan salahguna kuasa ini.

Kebebasan beragama harus diamati dari segi semangatnya, bukan secara teks. Mahkamah Persekutuan yang mendakwa kebebasan beragama bagi Muslim adalah untuk terus bebas beragama Islam dan bukan bererti kebebasan untuk keluar dari Islam atau memilih agama lain telah terpincang dari maksud sebenar. Wahai anak Malaysia, sampai bila akan kalian insaf ?

Undang-undang Islam ala-Pas sekarang bukan sahaja ketinggalan zaman, malah diragui kesahihannya,sebab ia cuma tafsiran segolongan badut yang fikirannya mungkin lain daripada Allah. Oleh itu sesiapa yang mendakwa tafsiran dialah yang paling tepat dan merupakan hasrat Allah, serta memaksa orang ramai mempercayainya malah ingin menghukum orang lain mengikut tafsirannya, sebenarnya sedang “Play God” atau ingat dia sendiri Allah. Apakah bezanya daripada Ayah Pink yang turut mendakwa dirinya Tuhan ?

Ramai dari Pas yang menuduh Taleban, Saudi, Umno atau Partai Keadilan-Sejahtera (PKS) Indonesia tidak menyediakan model negara Islam yang sebenar. Siapakah mereka Pas ini untuk menjadi satu-satunya pihak yang menentukan maksud sebenar Allah ?

Pemerintah harus segera berhenti dari terus mengganggu kebebasan individu. Seperti yang dijelaskan oleh rakan berblog, Politics 101, “In God we trust, in Ayah Pink they trust”. Siapakah yang empowerkan kerajaan untuk memberkas mereka yang menikmati minuman di Zouk ataupun memilih kepercayaan sendiri ? Kenapa gagal lagi untuk mengiktiraf perbezaan individu dan kepelbagaian gaya hidup dalam masyarakat majmuk ini ?

Penasihat parti, DS Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa negara Islam dan Hudud bukan matlamat perjuangan Parti Keadilan. Mampuslah Umno gila, Pas jahat dan sesiapa sahaja yang membelenggukan fikiran dan membekukan kebebasan rakyat !

Salam Reformasi ! :-)