Muktamar Tahunan Pas ke-51 - Memperbetulkan Keutamaan
Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia, satu-satunya parti yang memperjuangkan “Hadhariah Islamiah” di negara ini akan dilangsungkan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan yang dibina dengan kos RM 12 juta, di Pengkalan Chepa, Jajahan Kota Bharu, Negeri Kelate.
Ramai warga Malaysia telah mengharapkan supaya Pas meninggalkan zaman berfikiran jumud, ortodoks dan konservatif. Ramai yang telah berasa lali dengan Pas yang asyik membincangkan kod pakaian dan moral yang menitik beratkan nilai nilai yang kolot.
Saya tidak salahkan Pas yang kebuntuan selepas segala-gala yang dilihat Islamik dikaitkan dengan pengganas dan ekstrimis terutamanya selepas peristiwa 9/11. Mereka ingin menumpukan kepada golongan penyokong asas, seperti juga DAP yang melupakan politik baru bercorak “multicultural” dan balik ke pangkuan “Chinatown politics” zaman purbakala.
Akan tetapi, zaman terus berubah. Wadah yang dinamik dan progresif, dan yang paling penting, relevan kepada politik semasa diperlukan. Satu fenomena yang membimbangkan ialah parti-parti alternatif dilihat tidak gemar membicarakan isu ekonomi, sedangkan soal poket dan “roti dan seri kaya”lah yang mempengaruhi trend mengundi kebanyakan rakyat.
Adakah Skim Insurans Kesihatan Kebangsaan (SIKK) yang bertujuan meringankan beban kerajaan untuk mensubsidi perkhidmatan perubatan dan Goods and Service Tax (GST) yang bertujuan meringankan beban cukai pendapatan rakyat memang begitu berniat jahat ? Apakah jika Barisan Alternatif memerintah, mereka mampu teruskan subsidi perubatan yang berat dan tidak minat menarik pelaburan asing dengan merendahkan kadar cukai pendapatan ? Sayangnya segala-gala soal ini diabaikan, dan diganti dengan usul supaya semua menteri wanita wajib bertudung dan sebagainya.
Politik negara dipenuhi rasuah dan penyelewengan. Akan tetapi adakah ia kelemahan sistem perundangan sekular, sehingga ia tidak boleh diperbaiki dan jika digantikan dengan sistem syariah, maka semua gejala buruk ini akan hilang ? Saya rasa tidak juga. Tengoklah sahaja surat layang dan sms yang memfitnah tokoh-tokoh tertentu dalam Pas di sana sini yang dulunya dimonopoli parti Umno, apakah ia strategi terbaik pendokong gerakan Islam ?
Buktikanlah perjuangan Pas bukan untuk bermusuhan dengan para pendokong hak asasi manusia. Hentikanlah politik bersifat kekauman dan keagamaan agar martabat politik baru sanjungan kita diangkat. Sediakanlah kita sebagai pilihan rakyat kepada Barisan Nasional. Kalau tidak, sampai bila kita hendak terus menafikan demokrasi yang sejati kepada rakyat Malaysia ?
Terdapat dua tulisan yang menarik perhatian saya akhir-akhir ini, Muktamar PAS: Perubahan dari “garis keras” kepada progresif dan Bersediakah ahli PAS menganjak paradigma?. Fikirkanlah dan fahamilah hasrat rakyat sebelum bermuktamar




I hope this MM Lee’s suggestion can be realised. I am eager to see if there will be a change in the way they manipulate the mass media, which I don’t expect anyway.











